Pages

Saturday, 22 February 2014

Soalan Pembaca.


Abang sulung kami meninggal dunia. Dia tidak berkahwin. Ibu dan ayah kami juga sudah meninggal dunia. Kami mahu membahagikan duit KWSP arwah. Kami mempunyai 13 adik beradik seibu sebapa, 5 lelaki dan 8 perempuan. Kami juga ada 4 adik-beradik sebapa (lain ibu). Adakah mereka termasuk dalam bahagian faraid? Bagaimana cara pembahagiannya?


Adik beradik seibu tidak termasuk dalam senarai penerima jika si mati masih mempunyai adik beradik kandung (seibu-sebapa -SIB). Ahli waris yang lebih hampir kepada si mati akan mengatasi (menghalang) ahli waris yang lebih jauh untuk mendapat bahagian faraid.

Ahli waris yang lebih jauh hendaklah ‘redha’ dan memahami ketentuan/hukum Allah ini sebagai satu bentuk ketaatan manusia terhadap-Nya. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika penerima sayang kepada adik beradik sebapa tadi, anda boleh melakukan amalan memberi hadiah/wang KWSP tadi setelah pembahagian pusaka diselesaikan. Rujuk surah An Nisa' ayat 8.

Berikut ialah cara pembahagian. Perlu diingat lelaki akan menerima dua kali ganda bahagian perempuan.



Asal Masalah
(12 )
Mengikut bilangan kepala/individu
Tashih Masalah mengikut bilangan kepala/individu dan telah diganda 2 bagi lelaki
(16)
4 Lelaki SIB
4 x 2
8
8 perempuan SIB
8 x1
8

Nilai 16 diperolehi dari nilai 8 + 8
Dengan ini, seorang adik beradik lelaki akan dapat 2/16 x  Jumlah RM KWSP

Seorang adik beradik perempuan dapat 1/16 x jumlah RM KWSP.

Saudara seibu sebapa mengatasi saudara seibu. Begitulah sebaliknya, jika saudara seibu yang sebelah sana meninggal, anda yang berada dikedudukan sebelah sini tidak mewarisi harta mereka. Ia akan diberi pada adik beradik seibu mereka terlebih dahulu.

Boleh rujuk laman-laman web Majlis Agama Islam. Rujukan buku boleh lihat buku Mengurus Harta Pusaka (Wan Abdul Halim Wan Harun- PTS) Muka surat 91.

Harta faraid diagihkan setelah urusan hutang si mati diselesaikan, kalau belum buat haji dibuat badal haji dan juga biaya pengurusan penyelengaraan jenazah, jika ada. Membuat kenduri tahlil adalah biaya keluarga atau permuafakatan komuniti setempat, bukan dari wang simati.

Dalam sesetengah kes, ada yang keluarkan zakat terlebih dahulu kerana KWSP tidak bayar zakat. Pada pandangan saya, amalan ini amat baik. 

Jika ada rumah/ kenderaan boleh dijual dan diagihkan wangnya, atau dinilai harga semasa, seorang yang ambil dan wangnya diagihkan. Bagi tanah, boleh pecah lot. Kemungkinan perkara ini sukar dilakukan, namun sekurang-kurangnya biarlah menghampiri suruhan Allah, insya Allah dapat pahala dan ada hikmah disebaliknya.


Wallahu a’lam.

Thursday, 6 February 2014

Fokus Ilmu Faraid
Pengertian
Ilmu faraid adalah satu cabang ilmu bagi menentukan kadar orang yang layak menerima pusaka melalui sifir (formula) yang ditentukan syarak.

Rukun-rukun Waris
1.      Orang yang diwarisi (si-mati)- muwaris
2.      Orang yang mewarisi (ahli waris)-waris
3.      Harta yang diwarisi –maurus

Syarat-syarat Waris
1.      Orang yang diwarisi (si mati) pasti kematiannya
2.      Orang yang mewarisi (ahli waris) pasti hidupnya.
3.      Mengetahui perhubungan atau pertalian mereka yang mewarisi dengan orang yang diwarisi samada perhubungannya atau pertaliannya dengan secara keluarga atau nikah atau menjadi pemilik kepada hamba sahaya.
4.      Mengetahui kategori pihak waris, samada dari pihak waris lelaki atau waris perempuan.

Sebab Menjadi Waris
1.      Dengan sebab pernikahan.
Pernikahan yang dimaksudkan di sini ialah pernikahan yang sah mengikut hukum syarak. Pasangan yang bercerai masih boleh menuntut hak pusaka dengan syarat masih dalam iddah talak raji’eJika mempunyai anak, dia berhak juga mendapat haknya. Hak sebagai anak tidak lucut walaupun ibubapa bercerai.

2.      Dengan sebab nasab (keluarga atau keturunan).
Pertama, mereka ini terdiri daripada ahli furuk waris iaitu anak-anak,cucu cicit ke bawah. Kedua, ahli usul iaitu bapa, ibu, datuk, nenek, moyang dan ke atas. Ketiga, ahli hawasyi iaitu ahli keluarga sisi seperti saudara seibu sebapa, saudara sebapa, saudara seibu, bapa saudara dan sebagainya. Anak angkat, anak luar nikah dan anak li’an tidak termasuk dalam waris yang berhak walaupun dibinkan kepada si mati. Mereka hanya layak menerima pusaka dari ibu mereka sahaja. Jika mahu memberi juga harta kepada mereka, boleh diberikan melalui kaedah Hibah (pemberian atau hadiah) atau Wasiat.
Anak khunsa berhak menerima pusaka.

3.      Dengan sebab menjadi petuan (tuan kepada seorang hamba sahaya)

4.      Baitul Mal (Sebuah badan yang mengurus dan memanfaatkan harta pusaka orang Islam yang tidak mempunyai waris atau tiada waris yang berhak)

Faktor Yang Menghalang Pewarisan
1.      Hamba
2.      Membunuh dengan sengaja orang mewariskan harta (ditentukan oleh mahkamah)
3.      Berlainan agama
4.      Adanya hajib (ahli waris yang menghalang)

Mahjub (Terdinding atau terhalang)
Mahjub (terdinding atau terhalang) ialah waris-waris yang terdinding dari menerima pusaka, dengan ertikata yang lain mereka itu tidak mendapat bahagian dari pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Waris ini mungkin tidak mendapat langsung harta pusaka tersebut atau mungkin juga hanya mendapat sedikit sahaja.
Hajib bermakna pihak waris yang menjadi penghalang, manakala mahjub pula bermakna pihak waris yang terhalang. Para pelayar budiman diminta supaya mengingati istilah ini kerana sangat banyak digunakan di dalam perbincangan ini.

Bahagian mahjub
1.      Mahjub Nuqsan (yang mengurangkan jumlah saham)
2.      Mahjub Hirman (yang menghalang terus sesuatu pihak dari mendapat saham)
Para pelayar akan lebih memahami bahagian mahjub ini apabila membuat latihan berkaitan.

Banyakkan bersabar dalam menuntut ilmu.




Monday, 3 February 2014

Wednesday, 29 January 2014

PERMAINAN SUSIFA

Cuba yang ini pula. Nantikan jawapannya.




Monday, 27 January 2014

PERMAINAN SUSIFA

Permainan ini disusun supaya lebih mudah untuk mengingati keenam-enam sifir faraid. Cubalah selesaikannya. Nantikan jawapannya!



Friday, 24 January 2014



RAJAH SIFIR FARAID

Sebelum kita mempelajari cara mengira pembahagian faraid. Terlebih dahulu kita hendaklah mengingati sifirnya. Rajah di bawah ini dapat membantu anda mengingatinya dengan lebih mudah.


Wednesday, 22 January 2014

Hukum Berkenaan Faraid
Adalah suatu tuntutan bagi umat Islam untuk melaksanakan faraid jika terdapat kematian. Pembahagian harta pusaka menurut Islam adalah penyelesaian yang adil dan sistematik kerana Allah SWT sangat mengetahui di mana kelemahan dan kelebihan dalam diri manusia.

Adil yang dimaksudkan di sini bukan sama rata tetapi maksudnya ialah sesuai pada tempatnya. Contoh mudah ialah seperti jika kita memiliki dua orang anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Jika sama rata yang kita inginkan, tentulah kedua-duanya memakai songkok, tetapi jika keadilan yang kita ingin tunjukkan, tentulah seorang akan dibelikan songkok dan seorang lagi akan dibelikan tudung walaupun ianya berbeza pada bentuk dan mungkin juga pada harganya.

Begitu juga halnya dalam pembahagian faraid ini. Adakalanya seseorang waris itu mendapat pusaka yang lebih kecil berbanding ahli waris yang lain. Tidak sama rata dengan ahli waris yang lain, tetapi sedarlah ianya adalah adil mengikut kedudukan dirinya di dalam sebuah organisasi keluarga tersebut.

Di dalam surah an-Nisak ayat 11-13, Allah SWT telah menjelaskan kaedah pembahagian faraid dengan jelas. Dalam ayat ke 14 surah yang sama Allah SWT telah mengecam manusia yang ingkar dengan perintah faraid ini. Mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka dan akan mendapat azab siksa.

Ancaman ini sangat berat. Perlu diingat, sekiranya kita mengabaikan hukum faraid, dikhuatiri kita akan mengambil harta anak yatim, saudara mara dan juga harta yang sepatutnya diberikan kepada Baitul Mal. Kita juga mesti sedar bahawa usaha menjalankan faraid ini juga bukti taat dan iman kita kepada Allah SWT. Ia adalah satu ibadah.

Ancaman neraka bagi pengumpul harta dan pemakan harta anak yatim ini juga turut dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 15-24. Terkadang manusia ini memandang mulia pada banyaknya harta, sehinggakan dia sanggup mengambil harta anak yatim dari kalangan keluarganya sendiri bagi menambah hartanya sendiri.

Manusia menganggap apabila seseorang itu kaya, maka itulah kemuliaan yang sebenarnya dianugerahkan Tuhan. Fahaman ini adalah salah. Harta itu sebenarnya adalah ujian bagi manusia, bukanlah kemuliaan. Kemuliaan yang sebenar ialah hidayah dan taufik untuk beriman dan beramal soleh.[1] Semoga kita dijauhkan dari menerima azab Allah SWT ini.


Wallahu a'lam.



[1] Lihat Tafsir Pimpinan Ar-Rahman bagi maksud tafsiran surah al-Fajr.

Monday, 20 January 2014

Mengenal  Sejarah Ilmu Faraid

Zaman Awal Islam
Pada zaman permulaan Islam, masyarakat Islam ketika itu menggunakan sistem pembahagian pusaka Jahiliyah di mana semua ahli waris lelaki menerima pusaka kecuali perempuan dan kanak-kanak.

Zaman Semasa Hijrah
Apabila berlaku peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan di antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana melalui persaudaraan itu, mereka juga berhak menerima pusaka sebagai tambahan kepada sistem yang ada sebelum itu.

Zaman Selepas Hijrah
Setelah peristiwa hijrah Rasulullah, syariat Islam berkembang luas di dalam kehidupan masyarakat maka turunlah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal peraturan hidup. Antaranya ialah untuk menentukan pewaris harta pusaka si mati melalui wasiat. Justeru itu, bagi seseorang yang hampir mati, wajib berwasiat. Hukum ini kekal sehingga turun ayat al-Quran mengenai Faraid.

Setelah turunnya ayat Faraid ini, sistem wasiat berubah. Harta melalui wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris. Ahli waris akan menerima pembahagian faraid, ertinya mereka mendapat jumlah yang telah ditentukan pecahannya atau kadarnya.

Harta yang diwasiatkan bererti si mati boleh menghadiahkan harta peninggalannya tidak lebih dari satu pertiga kepada individu tertentu yang bukan ahli waris seperti anak angkatnya, badan-badan kebajikan atau seumpamanya.

Dalam masa yang sama, Allah SWT mewajibkan umat Islam melaksanakan hukum Faraid  serta tidak boleh mempertikaikan ketentuan Allah SWT itu. Pengabaian terhadap hukum Faraid ini boleh mengakibatkan seseorang itu memakan harta secara batil, memungkinkan dia memakan harta anak yatim, saudara-saudaranya dari kalangan waris atau Baitul Mal. Walaubagaimanapun, apa yang perlu kita ambil perhatian ialah ancaman azab Allah SWT yang dahsyat bagi mereka yang mengingkari hukum ini.

Ayat Berkenaan Faraid
(Surah an-Nisa’ ayat 7-11)
ÉA%y`Ìh=Ïj9 Ò=ŠÅÁtR $£JÏiB x8ts? Èb#t$Î!ºuqø9$# tbqç/tø%F{$#ur Ïä!$|¡ÏiY=Ï9ur Ò=ŠÅÁtR $£JÏiB x8ts? Èb#t$Î!ºuqø9$# šcqç/tø%F{$#ur $£JÏB ¨@s% çm÷ZÏB ÷rr& uŽèYx. 4 $Y7ŠÅÁtR $ZÊrãøÿ¨B ÇÐÈ   #sŒÎ)ur uŽ|Øym spyJó¡É)ø9$# (#qä9'ré& 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ßûüÅ6»|¡yJø9$#ur Nèdqè%ãö$$sù çm÷YÏiB (#qä9qè%ur óOçlm; Zwöqs% $]ùrã÷è¨B ÇÑÈ   |·÷uø9ur šúïÏ%©!$# öqs9 (#qä.ts? ô`ÏB óOÎgÏÿù=yz Zp­ƒÍhèŒ $¸ÿ»yèÅÊ (#qèù%s{ öNÎgøŠn=tæ (#qà)­Guù=sù ©!$# (#qä9qà)uø9ur Zwöqs% #´ƒÏy ÇÒÈ   ¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqè=à2ù'tƒ tAºuqøBr& 4yJ»tGuŠø9$# $¸Jù=àß $yJ¯RÎ) tbqè=à2ù'tƒ Îû öNÎgÏRqäÜç/ #Y$tR ( šcöqn=óÁuyur #ZŽÏèy ÇÊÉÈ   ÞOä3ŠÏ¹qムª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& ( ̍x.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4 bÎ*sù £`ä. [ä!$|¡ÎS s-öqsù Èû÷ütGt^øO$# £`ßgn=sù $sVè=èO $tB x8ts? ( bÎ)ur ôMtR%x. ZoyÏmºur $ygn=sù ß#óÁÏiZ9$# 4 Ïm÷ƒuqt/L{ur Èe@ä3Ï9 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB â¨ß¡9$# $£JÏB x8ts? bÎ) tb%x. ¼çms9 Ó$s!ur 4 bÎ*sù óO©9 `ä3tƒ ¼ã&©! Ó$s!ur ÿ¼çmrOÍurur çn#uqt/r& ÏmÏiBT|sù ß]è=W9$# 4 bÎ*sù tb%x. ÿ¼ã&s! ×ouq÷zÎ) ÏmÏiBT|sù â¨ß¡9$# 4 .`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur ÓÅ»qム!$pkÍ5 ÷rr& AûøïyŠ 3 öNä.ät!$t/#uä öNä.ät!$oYö/r&ur Ÿw tbrâôs? öNßgƒr& Ü>tø%r& ö/ä3s9 $YèøÿtR 4 ZpŸÒƒÌsù šÆÏiB «!$# 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JŠÎ=tã $VJŠÅ3ym ÇÊÊÈ  

Terjemahan Ayat.
7. Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat, (begitu juga) orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu, yaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
8. Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka)dan anak-anak yatim serta orang miskin hadir (ketika pembahagian harta pusaka itu), maka berikanlah kepada mereka sedikit darinya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
9. Dan hendaklah takut (kepada Allah dari melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang (penjaga-penjaganya itu), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang dhoif (yatim) dibelakang mereka (kemudian hari). (tentulah) mereka juga akan berasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka, oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang bernyala-nyala.
11. Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, yaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta yang ditinggalkan simati (bapa mereka). Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah ½ (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa si mati, tiap-tiap seorang dari keduanya mendapat 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi kalau si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisi hanyalah kedua ibubapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3.  Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik), maka bahagian ibunya ialah 1/6. Pembahagian itu adalah sesudah diselesaikan wasiat[1] yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sudah dibayarkan hutangnya. Ibubapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu[2](pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah,  sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 Surah an-Nisa’ ayat 176
y7tRqçFøÿtGó¡o È@è% ª!$# öNà6ÏFøÿムÎû Ï's#»n=s3ø9$# 4 ÈbÎ) (#îtâöD$# y7n=yd }§øŠs9 ¼çms9 Ó$s!ur ÿ¼ã&s!ur ×M÷zé& $ygn=sù ß#óÁÏR $tB x8ts? 4 uqèdur !$ygèO̍tƒ bÎ) öN©9 `ä3tƒ $ol°; Ó$s!ur 4 bÎ*sù $tFtR%x. Èû÷ütFuZøO$# $yJßgn=sù Èb$sVè=V9$# $®ÿÊE x8ts? 4 bÎ)ur (#þqçR%x. Zouq÷zÎ) Zw%y`Íh [ä!$|¡ÎSur ̍x.©%#Î=sù ã@÷WÏB Åeáym Èû÷üus[RW{$# 3 ßûÎiüt6ムª!$# öNà6s9 br& (#q=ÅÒs? 3 ª!$#ur Èe@ä3Î/ >äóÓx« 7OŠÎ=tæ ÇÊÐÏÈ  
Terjemahan Ayat
176. Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa  kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah kalalah). Katakanlah: Allah memberikan fatwa kepada kamu dalam perkara kalalah itu[3], yaitu jika seorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkan (oleh si mati), dan ia pula (saudara lelaki itu)mewarisi (semua harta) saudara perempuannya jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak.
Kalau pula (saudara perempuannya itu) dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalkan ( oleh si mati). Dan jika sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan.” Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan ingatlah Allah amat mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sebab Nuzul (Penurunan) Ayat Faraid
Riwayat yang menceritakan tentang sebab turunnya ayat berkenaan faraid dari surah an-Nisak ayat 7 hingga 13 ialah kisah isteri seorang sahabat yang bernama Saad bin Rabi’ membawa dua orang anak perempuannya berjumpa Rasulullah SAW. Beliau memberitahu kepada baginda bahawa suaminya telah mati syahid dalam peperangan Uhud.
Bapa saudara budak-budak itu (anak-anaknya) telah mengambil semua harta suaminya. Kedua-dua anak perempuan Saad juga tidak mendapat sesuatu apapun. Rasulullah SAW lantas berdoa dan memohon kepada Allah SWT berkenaan hal ini lalu turunlah ayat ini. Kemudian baginda mengirim utusan kepada bapa saudara budak-budak itu tadi supaya memberikan hak pusaka kepada dua anak perempuan tadi sebanyak 2/3, isteri (janda) Saad sebanyak 1/8 manakala bakinya adalah untuk mereka.
Sebab nuzul ayat 176 pula ialah sebuah riwayat menceritakan seorang sahabat bernama Abdur Rahman bin Tsabit telah wafat dan meninggalkan seorang isteri bernama Ummu Kahhah dan lima orang saudara perempuan.
Bekas isterinya mengadu kepada Rasulullah SAW menyatakan waris dari pihak lelakinya telah datang dan mengambil keseluruhan harta pusakanya. Maka turunlah ayat ini. Kalalah dalam ayat tersebut bermaksud seorang wanita kematian suami atau sebaliknya yang tidak meninggalkan anak atau bapa.





[1] Wasiat yang sah mengikut syarak.
[2] (sebab itulah Allah SWT menetapkan bahagian mereka kerana Dialah jua yang mengetahuinya)

[3] Kalalah ialah seorang yang mati, lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan anak atau bapa.