Pages

Saturday, 22 February 2014

Soalan Pembaca.


Abang sulung kami meninggal dunia. Dia tidak berkahwin. Ibu dan ayah kami juga sudah meninggal dunia. Kami mahu membahagikan duit KWSP arwah. Kami mempunyai 13 adik beradik seibu sebapa, 5 lelaki dan 8 perempuan. Kami juga ada 4 adik-beradik sebapa (lain ibu). Adakah mereka termasuk dalam bahagian faraid? Bagaimana cara pembahagiannya?


Adik beradik seibu tidak termasuk dalam senarai penerima jika si mati masih mempunyai adik beradik kandung (seibu-sebapa -SIB). Ahli waris yang lebih hampir kepada si mati akan mengatasi (menghalang) ahli waris yang lebih jauh untuk mendapat bahagian faraid.

Ahli waris yang lebih jauh hendaklah ‘redha’ dan memahami ketentuan/hukum Allah ini sebagai satu bentuk ketaatan manusia terhadap-Nya. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika penerima sayang kepada adik beradik sebapa tadi, anda boleh melakukan amalan memberi hadiah/wang KWSP tadi setelah pembahagian pusaka diselesaikan. Rujuk surah An Nisa' ayat 8.

Berikut ialah cara pembahagian. Perlu diingat lelaki akan menerima dua kali ganda bahagian perempuan.



Asal Masalah
(12 )
Mengikut bilangan kepala/individu
Tashih Masalah mengikut bilangan kepala/individu dan telah diganda 2 bagi lelaki
(16)
4 Lelaki SIB
4 x 2
8
8 perempuan SIB
8 x1
8

Nilai 16 diperolehi dari nilai 8 + 8
Dengan ini, seorang adik beradik lelaki akan dapat 2/16 x  Jumlah RM KWSP

Seorang adik beradik perempuan dapat 1/16 x jumlah RM KWSP.

Saudara seibu sebapa mengatasi saudara seibu. Begitulah sebaliknya, jika saudara seibu yang sebelah sana meninggal, anda yang berada dikedudukan sebelah sini tidak mewarisi harta mereka. Ia akan diberi pada adik beradik seibu mereka terlebih dahulu.

Boleh rujuk laman-laman web Majlis Agama Islam. Rujukan buku boleh lihat buku Mengurus Harta Pusaka (Wan Abdul Halim Wan Harun- PTS) Muka surat 91.

Harta faraid diagihkan setelah urusan hutang si mati diselesaikan, kalau belum buat haji dibuat badal haji dan juga biaya pengurusan penyelengaraan jenazah, jika ada. Membuat kenduri tahlil adalah biaya keluarga atau permuafakatan komuniti setempat, bukan dari wang simati.

Dalam sesetengah kes, ada yang keluarkan zakat terlebih dahulu kerana KWSP tidak bayar zakat. Pada pandangan saya, amalan ini amat baik. 

Jika ada rumah/ kenderaan boleh dijual dan diagihkan wangnya, atau dinilai harga semasa, seorang yang ambil dan wangnya diagihkan. Bagi tanah, boleh pecah lot. Kemungkinan perkara ini sukar dilakukan, namun sekurang-kurangnya biarlah menghampiri suruhan Allah, insya Allah dapat pahala dan ada hikmah disebaliknya.


Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment