Fokus Ilmu
Faraid
Pengertian
Ilmu faraid
adalah satu cabang ilmu bagi menentukan kadar orang yang layak menerima pusaka
melalui sifir (formula) yang ditentukan syarak.
Rukun-rukun
Waris
1.
Orang yang
diwarisi (si-mati)- muwaris
2.
Orang yang
mewarisi (ahli waris)-waris
3.
Harta yang
diwarisi –maurus
Syarat-syarat
Waris
1.
Orang yang
diwarisi (si mati) pasti kematiannya
2.
Orang yang
mewarisi (ahli waris) pasti hidupnya.
3.
Mengetahui
perhubungan atau pertalian mereka yang mewarisi dengan orang yang diwarisi
samada perhubungannya atau pertaliannya dengan secara keluarga atau nikah atau
menjadi pemilik kepada hamba sahaya.
4.
Mengetahui
kategori pihak waris, samada dari pihak waris lelaki atau waris perempuan.
Sebab
Menjadi Waris
1. Dengan sebab pernikahan.
Pernikahan
yang dimaksudkan di sini ialah pernikahan yang sah mengikut hukum syarak.
Pasangan yang bercerai masih boleh menuntut hak pusaka dengan syarat masih
dalam iddah talak raji’e. Jika mempunyai anak, dia berhak juga mendapat haknya. Hak sebagai anak tidak
lucut walaupun ibubapa bercerai.
2. Dengan sebab nasab (keluarga atau keturunan).
Pertama,
mereka ini terdiri daripada ahli furuk waris iaitu anak-anak,cucu cicit ke
bawah. Kedua, ahli usul iaitu bapa, ibu, datuk, nenek, moyang dan ke atas.
Ketiga, ahli hawasyi iaitu ahli keluarga sisi seperti saudara seibu sebapa,
saudara sebapa, saudara seibu, bapa saudara dan sebagainya. Anak angkat, anak
luar nikah dan anak li’an tidak termasuk dalam waris yang berhak walaupun
dibinkan kepada si mati. Mereka hanya layak menerima pusaka dari ibu mereka
sahaja. Jika mahu memberi juga harta kepada mereka, boleh diberikan melalui
kaedah Hibah (pemberian atau hadiah) atau Wasiat.
Anak
khunsa berhak menerima pusaka.
3. Dengan sebab menjadi petuan (tuan kepada seorang hamba sahaya)
4. Baitul Mal (Sebuah badan yang mengurus dan memanfaatkan harta
pusaka orang Islam yang tidak mempunyai waris atau tiada waris yang berhak)
Faktor
Yang Menghalang Pewarisan
1.
Hamba
2.
Membunuh dengan
sengaja orang mewariskan harta (ditentukan oleh mahkamah)
3.
Berlainan agama
4.
Adanya hajib
(ahli waris yang menghalang)
Mahjub
(Terdinding atau terhalang)
Mahjub
(terdinding atau terhalang) ialah waris-waris yang terdinding dari menerima
pusaka, dengan ertikata yang lain mereka itu tidak mendapat bahagian dari
pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Waris ini mungkin tidak mendapat
langsung harta pusaka tersebut atau mungkin juga hanya mendapat sedikit sahaja.
Hajib
bermakna pihak waris yang menjadi penghalang, manakala mahjub pula bermakna
pihak waris yang terhalang. Para pelayar budiman diminta supaya mengingati istilah ini
kerana sangat banyak digunakan di dalam perbincangan ini.
Bahagian
mahjub
1.
Mahjub Nuqsan
(yang mengurangkan jumlah saham)
2.
Mahjub Hirman
(yang menghalang terus sesuatu pihak dari mendapat saham)
Para
pelayar akan lebih memahami bahagian mahjub ini apabila membuat latihan
berkaitan.
Banyakkan bersabar dalam menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment