JAWAPAN (soalan 1)
Friday, 31 January 2014
Monday, 27 January 2014
Friday, 24 January 2014
RAJAH SIFIR FARAID
Sebelum kita mempelajari cara mengira pembahagian faraid. Terlebih dahulu kita hendaklah mengingati sifirnya. Rajah di bawah ini dapat membantu anda mengingatinya dengan lebih mudah.
Wednesday, 22 January 2014
Hukum Berkenaan Faraid
Adalah suatu
tuntutan bagi umat Islam untuk melaksanakan faraid jika terdapat kematian.
Pembahagian harta pusaka menurut Islam adalah penyelesaian yang adil dan
sistematik kerana Allah SWT sangat mengetahui di mana kelemahan dan kelebihan
dalam diri manusia.
Adil
yang dimaksudkan di sini bukan sama rata tetapi maksudnya ialah sesuai pada tempatnya. Contoh mudah ialah seperti
jika kita memiliki dua orang anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Jika sama rata yang kita inginkan, tentulah kedua-duanya memakai songkok,
tetapi jika keadilan yang kita ingin
tunjukkan, tentulah seorang akan dibelikan songkok dan seorang lagi akan
dibelikan tudung walaupun ianya berbeza pada bentuk dan mungkin juga pada
harganya.
Begitu
juga halnya dalam pembahagian faraid ini. Adakalanya seseorang waris itu
mendapat pusaka yang lebih kecil berbanding ahli waris yang lain. Tidak sama
rata dengan ahli waris yang lain, tetapi sedarlah ianya adalah adil mengikut
kedudukan dirinya di dalam sebuah organisasi keluarga tersebut.
Di
dalam surah an-Nisak ayat 11-13, Allah SWT telah menjelaskan kaedah pembahagian
faraid dengan jelas. Dalam ayat ke 14 surah yang sama Allah SWT telah mengecam
manusia yang ingkar dengan perintah faraid ini. Mereka akan dimasukkan ke dalam
api neraka dan akan mendapat azab siksa.
Ancaman
ini sangat berat. Perlu diingat, sekiranya kita mengabaikan hukum faraid,
dikhuatiri kita akan mengambil harta anak yatim, saudara mara dan juga harta
yang sepatutnya diberikan kepada Baitul Mal. Kita juga mesti sedar bahawa usaha
menjalankan faraid ini juga bukti taat dan iman kita kepada Allah SWT. Ia
adalah satu ibadah.
Ancaman
neraka bagi pengumpul harta dan pemakan harta anak yatim ini juga turut
dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 15-24. Terkadang manusia
ini memandang mulia pada banyaknya harta, sehinggakan dia sanggup mengambil
harta anak yatim dari kalangan keluarganya sendiri bagi menambah hartanya
sendiri.
Manusia
menganggap apabila seseorang itu kaya, maka itulah kemuliaan yang sebenarnya
dianugerahkan Tuhan. Fahaman ini adalah salah. Harta itu sebenarnya adalah
ujian bagi manusia, bukanlah kemuliaan. Kemuliaan yang sebenar ialah hidayah
dan taufik untuk beriman dan beramal soleh.[1] Semoga
kita dijauhkan dari menerima azab Allah SWT ini.
Monday, 20 January 2014
Mengenal Sejarah Ilmu Faraid
Zaman Awal
Islam
Pada zaman
permulaan Islam, masyarakat Islam ketika itu menggunakan sistem pembahagian
pusaka Jahiliyah di mana semua ahli waris lelaki menerima pusaka kecuali
perempuan dan kanak-kanak.
Zaman Semasa
Hijrah
Apabila berlaku
peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan di antara golongan
Muhajirin dan Ansar di mana melalui persaudaraan itu, mereka juga berhak
menerima pusaka sebagai tambahan kepada sistem yang ada sebelum itu.
Zaman Selepas
Hijrah
Setelah
peristiwa hijrah Rasulullah, syariat Islam berkembang luas di dalam kehidupan
masyarakat maka turunlah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal peraturan
hidup. Antaranya ialah untuk menentukan pewaris harta pusaka si mati melalui
wasiat. Justeru itu, bagi seseorang yang hampir mati, wajib berwasiat. Hukum
ini kekal sehingga turun ayat al-Quran mengenai Faraid.
Setelah
turunnya ayat Faraid ini, sistem wasiat berubah.
Harta melalui wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris. Ahli waris akan
menerima pembahagian faraid, ertinya mereka mendapat jumlah yang telah
ditentukan pecahannya atau kadarnya.
Harta
yang diwasiatkan bererti si mati boleh menghadiahkan harta peninggalannya tidak
lebih dari satu pertiga kepada individu tertentu yang bukan ahli waris seperti
anak angkatnya, badan-badan kebajikan atau seumpamanya.
Dalam
masa yang sama, Allah SWT mewajibkan umat Islam melaksanakan hukum Faraid serta tidak boleh mempertikaikan ketentuan
Allah SWT itu. Pengabaian terhadap hukum Faraid ini boleh mengakibatkan
seseorang itu memakan harta secara batil, memungkinkan dia memakan harta anak
yatim, saudara-saudaranya dari kalangan waris atau Baitul Mal.
Walaubagaimanapun, apa yang perlu kita ambil perhatian ialah ancaman azab Allah
SWT yang dahsyat bagi mereka yang mengingkari hukum ini.
Ayat Berkenaan Faraid
(Surah an-Nisa’ ayat 7-11)
ÉA%y`Ìh=Ïj9 Ò=ÅÁtR $£JÏiB x8ts? Èb#t$Î!ºuqø9$# tbqç/tø%F{$#ur Ïä!$|¡ÏiY=Ï9ur Ò=ÅÁtR $£JÏiB x8ts? Èb#t$Î!ºuqø9$# cqç/tø%F{$#ur $£JÏB ¨@s% çm÷ZÏB ÷rr& uèYx. 4
$Y7ÅÁtR $ZÊrãøÿ¨B ÇÐÈ #sÎ)ur u|Øym spyJó¡É)ø9$# (#qä9'ré& 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuø9$#ur ßûüÅ6»|¡yJø9$#ur Nèdqè%ãö$$sù çm÷YÏiB (#qä9qè%ur óOçlm; Zwöqs% $]ùrã÷è¨B ÇÑÈ |·÷uø9ur úïÏ%©!$# öqs9 (#qä.ts? ô`ÏB óOÎgÏÿù=yz ZpÍhè $¸ÿ»yèÅÊ (#qèù%s{ öNÎgøn=tæ (#qà)Guù=sù ©!$# (#qä9qà)uø9ur Zwöqs% #´Ïy ÇÒÈ ¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqè=à2ù't tAºuqøBr& 4yJ»tGuø9$# $¸Jù=àß $yJ¯RÎ) tbqè=à2ù't Îû öNÎgÏRqäÜç/ #Y$tR (
cöqn=óÁuyur #ZÏèy ÇÊÉÈ ÞOä3Ϲqã ª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& (
Ìx.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4
bÎ*sù £`ä. [ä!$|¡ÎS s-öqsù Èû÷ütGt^øO$# £`ßgn=sù $sVè=èO $tB x8ts? (
bÎ)ur ôMtR%x. ZoyÏmºur $ygn=sù ß#óÁÏiZ9$# 4
Ïm÷uqt/L{ur Èe@ä3Ï9 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB â¨ß¡9$# $£JÏB x8ts? bÎ) tb%x. ¼çms9 Ó$s!ur 4
bÎ*sù óO©9 `ä3t ¼ã&©! Ó$s!ur ÿ¼çmrOÍurur çn#uqt/r& ÏmÏiBT|sù ß]è=W9$# 4
bÎ*sù tb%x. ÿ¼ã&s! ×ouq÷zÎ) ÏmÏiBT|sù â¨ß¡9$# 4
.`ÏB Ï÷èt/ 7p§Ï¹ur ÓÅ»qã !$pkÍ5 ÷rr& Aûøïy 3
öNä.ät!$t/#uä öNä.ät!$oYö/r&ur w tbrâôs? öNßgr& Ü>tø%r& ö/ä3s9 $YèøÿtR 4
ZpÒÌsù ÆÏiB «!$# 3
¨bÎ) ©!$# tb%x. $¸JÎ=tã $VJÅ3ym ÇÊÊÈ
Terjemahan
Ayat.
7. Orang-orang
lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat, (begitu juga)
orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan
kerabat, samada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu, yaitu
bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
8. Dan apabila
kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka)dan anak-anak yatim serta orang
miskin hadir (ketika pembahagian harta pusaka itu), maka berikanlah kepada mereka
sedikit darinya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.
9. Dan
hendaklah takut (kepada Allah dari melakukan aniaya kepada anak-anak yatim
oleh) orang (penjaga-penjaganya itu), yang jika ditakdirkan mereka pula
meninggalkan anak-anak yang dhoif (yatim) dibelakang mereka (kemudian hari).
(tentulah) mereka juga akan berasa bimbang terhadap (masa depan dan
keselamatan) anak-anak mereka, oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah,
dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).
10.
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya
mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan
masuk ke dalam api neraka yang bernyala-nyala.
11. Allah
perintahkan kamu (mengenai pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, yaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi
jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3
dari harta yang ditinggalkan simati (bapa mereka). Dan jika anak perempuan itu
seorang sahaja, maka bahagiannya ialah ½ (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa
si mati, tiap-tiap seorang dari keduanya mendapat 1/6 dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi kalau si
mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisi hanyalah kedua ibubapanya, maka
bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula si
mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik), maka bahagian ibunya
ialah 1/6. Pembahagian itu adalah sesudah diselesaikan wasiat[1]
yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sudah dibayarkan hutangnya. Ibubapa
kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang
lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu[2](pembahagian
harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu
ialah) ketetapan dari Allah,
sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Surah
an-Nisa’ ayat 176
y7tRqçFøÿtGó¡o È@è% ª!$# öNà6ÏFøÿã Îû Ï's#»n=s3ø9$# 4
ÈbÎ) (#îtâöD$# y7n=yd }§øs9 ¼çms9 Ó$s!ur ÿ¼ã&s!ur ×M÷zé& $ygn=sù ß#óÁÏR $tB x8ts? 4
uqèdur !$ygèOÌt bÎ) öN©9 `ä3t $ol°; Ó$s!ur 4
bÎ*sù $tFtR%x. Èû÷ütFuZøO$# $yJßgn=sù Èb$sVè=V9$# $®ÿÊE x8ts? 4
bÎ)ur (#þqçR%x. Zouq÷zÎ) Zw%y`Íh [ä!$|¡ÎSur Ìx.©%#Î=sù ã@÷WÏB Åeáym Èû÷üus[RW{$# 3
ßûÎiüt6ã ª!$# öNà6s9 br& (#q=ÅÒs? 3
ª!$#ur Èe@ä3Î/ >äóÓx« 7OÎ=tæ ÇÊÐÏÈ
Terjemahan Ayat
176. Mereka
(orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa
kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah kalalah). Katakanlah: Allah
memberikan fatwa kepada kamu dalam perkara kalalah itu[3],
yaitu jika seorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara
perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang
ditinggalkan (oleh si mati), dan ia pula (saudara lelaki itu)mewarisi (semua
harta) saudara perempuannya jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak.
Kalau pula
(saudara perempuannya itu) dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari
harta yang ditinggalkan ( oleh si mati). Dan jika sekiranya mereka
(saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang
lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan.” Allah menerangkan (hukum ini)
kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan ingatlah Allah amat mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
Sebab Nuzul (Penurunan) Ayat Faraid
Riwayat yang
menceritakan tentang sebab turunnya ayat berkenaan faraid dari surah an-Nisak
ayat 7 hingga 13 ialah kisah isteri seorang sahabat yang bernama Saad bin Rabi’
membawa dua orang anak perempuannya berjumpa Rasulullah SAW. Beliau memberitahu
kepada baginda bahawa suaminya telah mati syahid dalam peperangan Uhud.
Bapa
saudara budak-budak itu (anak-anaknya) telah mengambil semua harta suaminya.
Kedua-dua anak perempuan Saad juga tidak mendapat sesuatu apapun. Rasulullah
SAW lantas berdoa dan memohon kepada Allah SWT berkenaan hal ini lalu turunlah
ayat ini. Kemudian baginda mengirim utusan kepada bapa saudara budak-budak itu
tadi supaya memberikan hak pusaka kepada dua anak perempuan tadi sebanyak 2/3,
isteri (janda) Saad sebanyak 1/8 manakala bakinya adalah untuk mereka.
Sebab
nuzul ayat 176 pula ialah sebuah riwayat menceritakan seorang sahabat bernama
Abdur Rahman bin Tsabit telah wafat dan meninggalkan seorang isteri bernama
Ummu Kahhah dan lima orang saudara perempuan.
Bekas
isterinya mengadu kepada Rasulullah SAW menyatakan waris dari pihak lelakinya
telah datang dan mengambil keseluruhan harta pusakanya. Maka turunlah ayat ini.
Kalalah dalam ayat tersebut bermaksud
seorang wanita kematian suami atau sebaliknya yang tidak meninggalkan anak atau
bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)