Pages

Saturday, 22 February 2014

Soalan Pembaca.


Abang sulung kami meninggal dunia. Dia tidak berkahwin. Ibu dan ayah kami juga sudah meninggal dunia. Kami mahu membahagikan duit KWSP arwah. Kami mempunyai 13 adik beradik seibu sebapa, 5 lelaki dan 8 perempuan. Kami juga ada 4 adik-beradik sebapa (lain ibu). Adakah mereka termasuk dalam bahagian faraid? Bagaimana cara pembahagiannya?


Adik beradik seibu tidak termasuk dalam senarai penerima jika si mati masih mempunyai adik beradik kandung (seibu-sebapa -SIB). Ahli waris yang lebih hampir kepada si mati akan mengatasi (menghalang) ahli waris yang lebih jauh untuk mendapat bahagian faraid.

Ahli waris yang lebih jauh hendaklah ‘redha’ dan memahami ketentuan/hukum Allah ini sebagai satu bentuk ketaatan manusia terhadap-Nya. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika penerima sayang kepada adik beradik sebapa tadi, anda boleh melakukan amalan memberi hadiah/wang KWSP tadi setelah pembahagian pusaka diselesaikan. Rujuk surah An Nisa' ayat 8.

Berikut ialah cara pembahagian. Perlu diingat lelaki akan menerima dua kali ganda bahagian perempuan.



Asal Masalah
(12 )
Mengikut bilangan kepala/individu
Tashih Masalah mengikut bilangan kepala/individu dan telah diganda 2 bagi lelaki
(16)
4 Lelaki SIB
4 x 2
8
8 perempuan SIB
8 x1
8

Nilai 16 diperolehi dari nilai 8 + 8
Dengan ini, seorang adik beradik lelaki akan dapat 2/16 x  Jumlah RM KWSP

Seorang adik beradik perempuan dapat 1/16 x jumlah RM KWSP.

Saudara seibu sebapa mengatasi saudara seibu. Begitulah sebaliknya, jika saudara seibu yang sebelah sana meninggal, anda yang berada dikedudukan sebelah sini tidak mewarisi harta mereka. Ia akan diberi pada adik beradik seibu mereka terlebih dahulu.

Boleh rujuk laman-laman web Majlis Agama Islam. Rujukan buku boleh lihat buku Mengurus Harta Pusaka (Wan Abdul Halim Wan Harun- PTS) Muka surat 91.

Harta faraid diagihkan setelah urusan hutang si mati diselesaikan, kalau belum buat haji dibuat badal haji dan juga biaya pengurusan penyelengaraan jenazah, jika ada. Membuat kenduri tahlil adalah biaya keluarga atau permuafakatan komuniti setempat, bukan dari wang simati.

Dalam sesetengah kes, ada yang keluarkan zakat terlebih dahulu kerana KWSP tidak bayar zakat. Pada pandangan saya, amalan ini amat baik. 

Jika ada rumah/ kenderaan boleh dijual dan diagihkan wangnya, atau dinilai harga semasa, seorang yang ambil dan wangnya diagihkan. Bagi tanah, boleh pecah lot. Kemungkinan perkara ini sukar dilakukan, namun sekurang-kurangnya biarlah menghampiri suruhan Allah, insya Allah dapat pahala dan ada hikmah disebaliknya.


Wallahu a’lam.

Thursday, 6 February 2014

Fokus Ilmu Faraid
Pengertian
Ilmu faraid adalah satu cabang ilmu bagi menentukan kadar orang yang layak menerima pusaka melalui sifir (formula) yang ditentukan syarak.

Rukun-rukun Waris
1.      Orang yang diwarisi (si-mati)- muwaris
2.      Orang yang mewarisi (ahli waris)-waris
3.      Harta yang diwarisi –maurus

Syarat-syarat Waris
1.      Orang yang diwarisi (si mati) pasti kematiannya
2.      Orang yang mewarisi (ahli waris) pasti hidupnya.
3.      Mengetahui perhubungan atau pertalian mereka yang mewarisi dengan orang yang diwarisi samada perhubungannya atau pertaliannya dengan secara keluarga atau nikah atau menjadi pemilik kepada hamba sahaya.
4.      Mengetahui kategori pihak waris, samada dari pihak waris lelaki atau waris perempuan.

Sebab Menjadi Waris
1.      Dengan sebab pernikahan.
Pernikahan yang dimaksudkan di sini ialah pernikahan yang sah mengikut hukum syarak. Pasangan yang bercerai masih boleh menuntut hak pusaka dengan syarat masih dalam iddah talak raji’eJika mempunyai anak, dia berhak juga mendapat haknya. Hak sebagai anak tidak lucut walaupun ibubapa bercerai.

2.      Dengan sebab nasab (keluarga atau keturunan).
Pertama, mereka ini terdiri daripada ahli furuk waris iaitu anak-anak,cucu cicit ke bawah. Kedua, ahli usul iaitu bapa, ibu, datuk, nenek, moyang dan ke atas. Ketiga, ahli hawasyi iaitu ahli keluarga sisi seperti saudara seibu sebapa, saudara sebapa, saudara seibu, bapa saudara dan sebagainya. Anak angkat, anak luar nikah dan anak li’an tidak termasuk dalam waris yang berhak walaupun dibinkan kepada si mati. Mereka hanya layak menerima pusaka dari ibu mereka sahaja. Jika mahu memberi juga harta kepada mereka, boleh diberikan melalui kaedah Hibah (pemberian atau hadiah) atau Wasiat.
Anak khunsa berhak menerima pusaka.

3.      Dengan sebab menjadi petuan (tuan kepada seorang hamba sahaya)

4.      Baitul Mal (Sebuah badan yang mengurus dan memanfaatkan harta pusaka orang Islam yang tidak mempunyai waris atau tiada waris yang berhak)

Faktor Yang Menghalang Pewarisan
1.      Hamba
2.      Membunuh dengan sengaja orang mewariskan harta (ditentukan oleh mahkamah)
3.      Berlainan agama
4.      Adanya hajib (ahli waris yang menghalang)

Mahjub (Terdinding atau terhalang)
Mahjub (terdinding atau terhalang) ialah waris-waris yang terdinding dari menerima pusaka, dengan ertikata yang lain mereka itu tidak mendapat bahagian dari pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Waris ini mungkin tidak mendapat langsung harta pusaka tersebut atau mungkin juga hanya mendapat sedikit sahaja.
Hajib bermakna pihak waris yang menjadi penghalang, manakala mahjub pula bermakna pihak waris yang terhalang. Para pelayar budiman diminta supaya mengingati istilah ini kerana sangat banyak digunakan di dalam perbincangan ini.

Bahagian mahjub
1.      Mahjub Nuqsan (yang mengurangkan jumlah saham)
2.      Mahjub Hirman (yang menghalang terus sesuatu pihak dari mendapat saham)
Para pelayar akan lebih memahami bahagian mahjub ini apabila membuat latihan berkaitan.

Banyakkan bersabar dalam menuntut ilmu.




Monday, 3 February 2014