Soalan Pembaca.
Abang sulung kami meninggal dunia. Dia tidak berkahwin. Ibu
dan ayah kami juga sudah meninggal dunia. Kami mahu membahagikan duit KWSP
arwah. Kami mempunyai 13 adik beradik seibu sebapa, 5 lelaki dan 8 perempuan.
Kami juga ada 4 adik-beradik sebapa (lain ibu). Adakah mereka termasuk dalam
bahagian faraid? Bagaimana cara pembahagiannya?
Adik beradik seibu tidak termasuk dalam senarai penerima
jika si mati masih mempunyai adik beradik kandung (seibu-sebapa -SIB). Ahli
waris yang lebih hampir kepada si mati akan mengatasi (menghalang) ahli waris
yang lebih jauh untuk mendapat bahagian faraid.
Ahli waris yang lebih jauh hendaklah ‘redha’ dan memahami
ketentuan/hukum Allah ini sebagai satu bentuk ketaatan manusia terhadap-Nya.
Tentu ada hikmah di sebaliknya. Jika penerima sayang kepada adik beradik sebapa
tadi, anda boleh melakukan amalan memberi hadiah/wang KWSP tadi setelah
pembahagian pusaka diselesaikan. Rujuk surah An Nisa' ayat 8.
Berikut ialah cara pembahagian. Perlu diingat lelaki akan
menerima dua kali ganda bahagian perempuan.
|
Asal Masalah
(12 )
Mengikut bilangan kepala/individu
|
Tashih Masalah mengikut bilangan kepala/individu dan telah
diganda 2 bagi lelaki
(16)
|
4 Lelaki SIB
|
4 x 2
|
8
|
8 perempuan SIB
|
8 x1
|
8
|
Nilai 16 diperolehi dari nilai 8 + 8
Dengan ini, seorang adik beradik lelaki akan dapat 2/16
x Jumlah RM KWSP
Seorang adik beradik perempuan dapat 1/16 x jumlah RM KWSP.
Saudara seibu sebapa mengatasi saudara seibu.
Begitulah sebaliknya, jika saudara seibu yang sebelah sana meninggal, anda yang
berada dikedudukan sebelah sini tidak mewarisi harta mereka. Ia akan diberi
pada adik beradik seibu mereka terlebih dahulu.
Boleh rujuk laman-laman web Majlis Agama Islam. Rujukan buku boleh lihat buku Mengurus Harta Pusaka (Wan Abdul Halim Wan Harun-
PTS) Muka surat 91.
Harta faraid diagihkan setelah urusan hutang si mati
diselesaikan, kalau belum buat haji dibuat badal haji dan juga biaya pengurusan
penyelengaraan jenazah, jika ada. Membuat kenduri tahlil adalah biaya keluarga atau permuafakatan komuniti setempat, bukan dari wang simati.
Dalam sesetengah kes, ada yang keluarkan zakat terlebih
dahulu kerana KWSP tidak bayar zakat. Pada pandangan saya, amalan ini amat
baik.
Jika ada rumah/ kenderaan boleh dijual dan diagihkan
wangnya, atau dinilai harga semasa, seorang yang ambil dan wangnya diagihkan. Bagi tanah, boleh pecah lot. Kemungkinan
perkara ini sukar dilakukan, namun sekurang-kurangnya biarlah menghampiri
suruhan Allah, insya Allah dapat pahala dan ada hikmah disebaliknya.
Wallahu a’lam.