Pages

Saturday, 14 December 2013

Salam Ukhuwwah Salam Perkenalan.

Tak kenal maka tak cinta. Saya merupakan seorang ustaz yang bertugas di SK Sibugal Besar sebelum berpindah ke SK Pandan Perdana pada awal tahun ini. Saya juga pernah menganjurkan kursus berkenaan  ilmu faraid di beberapa buah pusat  pengajian agama dan masjid-masjid.
Pengalaman belajar di al Azhar banyak membantu saya dalam mendalami ilmu faraid.
Mengapa saya memilih ilmu faraid? 
Ini kerana ilmu ini merupakan satu syariat yang selalu diabaikan. Ia juga membuka kepada banyak bidang ilmu agama seperti ilmu syarak, zakat, haji dan ilmu nasab.
Selepas saya menghabiskan pengajian, timbul satu perasaan ingin membantu umat Islam mendalami ilmu faraid kerana secara amnya, kesedaran tentang ilmu ini masih cetek di kalangan rakyat Malaysia. Sistem pendidikan di Malaysia juga masih belum menitikberatkan ilmu ini dari peringkat rendah lagi.
Mengikut pengamatan saya, ilmu ini dapat diterapkan seawal usia 10 tahun lagi (apabila sudah menguasai pengiraan asas matematik).
Maka saya rasa terpanggil untuk berkongsi satu kaedah moden yang lebih menarik dan praktikal.
Pendekatan yang cuba saya terapkan di sini ialah konsep belajar sendiri (independent learning), pembelajaran kontekstual, induktif dan bersepadu.
Semoga dengan usaha ini saya dapat menarik ramai remaja dan anak muda untuk mendalaminya.

Nantikan post-post yang terkini mengenai ilmu-ilmu faraid dengan nafas baru dari Ustaz Ahmad Sidqi. Saya juga mengalu-alukan sebarang komentar serta perkongsian dari pembaca sekalian. Semoga blog ini menjadi satu blog interaktif antara pembaca dan penulis.

Semoga Beroleh Manfaat dan Berkat.